Pelanggan yang melanggan pelan fiber Unifi Home dan Unifi Biz terpilih bakal menerima router dan sistem mesh Wi-Fi 6 dari TM. Pengumuman tersebut telah dibuat pada 1 Disember lalu menurut kenyataan yang dikeluarkan di Unifi Community.

Untuk mendapatkan router dan sistem mesh Wi-Fi 6 berkenaan, anda perlu melanggan pelan Unifi 300Mbps dan ke atas. Perubahan tersebut telah dimaklumkan menerusi laman rasmi pelan Unifi Home dan Unifi Biz.

Walaubagaimanapun, jenis sistem mesh dan router berkenaan tidak dinyatakan di dalam pengumuman tersebut. Namun, berkemungkinan router yang dimaksudkan adalah FiberHome SR1041Y, manakala sistem mesh pula mungkin TP-Link Deco X60, berdasarkan maklumat yang disediakan di dalam web rasmi Unifi.

Pelan Unifi Home 300Mbps kini berharga RM199 sebulan, manakala bagi pelan 500Mbps dan 800Mbps pula masing-masing RM249 dan RM349. Bagi pakej Unifi Biz pula, harganya adalah sedikit tinggi iaitu RM249 bagi pelan 300Mbps. Untuk pelan 500Mbps pula, ia berharga RM299 dan pelan 800Mbps pula harganya sama dengan pakej Home iaitu RM349.

Tinggalkan komentar