TM baru sahaja mengumumkan pelan Unifi Basic akan dibuka kepada semua pengguna bermula dari bulan September ini. Perkara ini disahkan sewaktu taklimat ringkas kewangan separuh tahun pertama 2018 awal pagi semalam.

Terdahulu, pakej Unifi Basic hanya diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang dari RM4,500. Pada kadar RM79 sebulan, perkhidmatan ini menawarkan kelajuan memuat turun 30Mbps dengan kuota bulanan sebanyak 60GB.

Pakej ini juga merupakan sebuah pakej jalur lebar sahaja yang mana ianya tidak didatangkan bersama-sama set kotak TV Unifi dan telefon IP sebagaimana yang ditawarkan pada pakej-pakej lain.

Bagaimanapun, setakat ini TM belum lagi menyatakan tentang bagaimana untuk pengguna membuat permohonan mendapatkan perkhidmatan ini.

Tinggalkan komentar