Samsung Galaxy S22 meneruskan kesinambungan siri Galaxy S model standard yang terdahulu yang menyeimbangkan antara saiz, prestasi dan harga. Namun, masih lagi menawarkan fungsi unik terkini dari siri Galaxy S.

Antara keunikan baharu yang perlu diraikan adalah pada sistem kamera baharu yang diperkenalkan pada Galaxy S22. Jika sebelum ini, Galaxy S21 telah memperelokkan fungsi kamera dari siri S20. Untuk model siri Galaxy S pada tahun ini pula, penambahbaikan diperkenalkan dalam bentuk perkakasan kameranya pula.

Julat zumnya kini adalah tiga kali optikal berbading zum digital seperti yang ditawarkan pada Galaxy S20 dan S21. Turut diperkenalkan adalah paduan sensor-sensor kamera belakang yang baharu.

Pada harga RM3,699, Galaxy S22 merupakan model paling rendah harganya di antara ketiga-tiga model baharu siri berkenaan.

Rekaan dan Skrin

Skrin Galaxy S22 hanya berukuran 6.1-inci dan ini menjadikannya mudah dikendalikan dengan hanya sebelah tangan sahaja. Hal ini adalah sesuatu yang agak jarang diketemukan pada hampir majoriti telefon pintar Android kebelakangan ini. Saiz paparan yang kecil ini setidaknya membawakan pembaharuan yang segar di kalangan peranti-peranti Android.

Galaxy-Y-Galaxy-S22-Galaxy-S21-FE-Size-Comparison
Dari kiri, Samsung Galaxy Y, Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S21 FE

Diperbuat daripada Armor Aluminium pada bahagian kerangkanya, telefon ini juga diperkemaskan dengan kaca Gorilla Glass Victus Plus pada bahagian hadapan dan belakangnya. Seterusnya, menjadikan telefon yang hanya senipis 7.6mm ini dirasakan begitu premium kualitinya apabila dipegang.

Samsung Galaxy S22 mempunyai bahagian permukaan belakang yang rata dengan sedikit membulat pada bahagian logam pada sisinya. Telefon ini boleh didapati dalam empat warna pilihan bagi pasaran Malaysia iaitu Green, Phantom Black, Phantom White dan Pink Gold.

Tak kiralah warna apa pun yang anda pilih, Samsung Galaxy S22 merupakan telefon yang mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP68. Ia juga dilengkapkan dengan ciri keselamtan biometrik melalui imbasan cap jari ultrasonik terbina dalam paparan dan juga pengecaman wajah.

Untuk skrinnya, disediakan panel Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan kecerahan maksima 1300 nits. Menariknya, paparannya ini juga menyediakan peningkat penglihatan (vision enhancer) baharu dari Samsung. Ia mampu mengasingkan bahagian-bahagian tertentu pada skrin untuk ditingkatkan kecerahannya walaupun di dalam keadaan terang di bawah terik sinaran mentari.

Melalui resolusi Full HD 1080 x 2340, ketumpatan piksel telefon ini pada 425 PPI bersesuaian dengan nisbah aspeknya iaitu 19.5:9 dan seterusnya memberikan paparan yang amat jitu. Ia juga mampu menjadikan telefon ini amat versatil untuk menikmati kandungan penstriman dan juga filem dalam talian.

Kamera Samsung Galaxy S22

Didepani oleh kamera utamanya, 50MP f/1.8, Galaxy S22 menyediakan lebih banyak piksel bersama-sama sensor yang lebih besar jika dibandingkan dengan S21. Kamera ultra-lebar 12MP yang disediakan pula kelihatan sama seperti yang terdapat pada S21.

Pun begitu, kamera telefoto yang disediakan pada S22 ini menawarkan penambahbaikan yang ketara. Kamera telefoto 10MP ini menggantikan peranan zum digital sensor 64MP pada S21 sebelum ini. Walaupun bilangan pikselnya lebih rendah, namun capaian optikalnya mencecah 70mm.

Untuk kamera hadapannya pula, sensor 10MP yang disediakan dipadankan bersama-sama lensa f/2.2 26mm. Apa yang hebatnya dengan kamera swafoto premium daripada Samsung ini ialah pada ciri autofokusnya.

Ini berfungsi dnegan baik di dalam Mod Potrait, yang mana turut menawarkan ciri pencahayaan studio yang dipertingkatkan. Ia juga turut menyediakan sokongan potret malam automatik bagi rakaman video. Dalam pada masa yang sama, mod potret haiwan peliharaan juga ditambah baik bersama-sama fugnsi pencahayaan studio bagi haiwan peliharaan.

Bercakap mengenai rakaman video, Galaxy S22 mampu merakam sehingga resolusi 8K bagi kamera belakangnya. Manakala kamera hadapan pula mampu merakam sehingga 4K. Kedua-duanya juga mampu merakamkan pada kadar bingkai per saat 60fps.

Lain-lain spesifikasinya

Pemprosesan yang ditawarkan oleh Galaxy S22 adalah mengikut di mana ia dipasarkan. Bagi pasaran seperti Amerika Syarikat, China dan Malaysia, telefon pintar mercu Samsung keluaran 2022 ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Bagi sesetengah pasaran lain seperti di Eropah, model telefon yang sama ini menggunakan cipset keluaran Samsung sendiri iaitu Exynos 2200. Tidak kira di mana ia dipasarkan, model ini tetap hadir dengan RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Samsung Galaxy S22 menggunakan antaramuka One UI 4.1 yang berasaskan Android 12. Telefon ini juga menyokong Link to Windows, fungsi yang membolehkan telefon anda diintegrasikan sepenuhnya dengan PC Windows anda.

Cuma saya rasa agak janggal apabila melihat kapasiti bateri ini hanya 3,700mAh sahaja, ia lebih rendah berbanding dengan apa yang ditawarkan pada S21 sebelum ini. Untuk pengecasannya, telefon ini menyokong fungsi pengecasan secara nirwayar sehingga 15W dan pengecasan berbalik nirwayar pada 4.5W.

Hadiah eksklusif untuk pra-tempahan Samsung Galaxy S22

Bagi meraikan kehadiran telefon pintar mercu keluaran terbaru ini, Samsung Malaysia telah mengumumkan para pelanggan boleh melakukan pra-tempahan bermula dari 10 Februari ini sehingga 3 Mac 2022.

Anda yang membuat pra-tempahan siri Samsung Galaxy S22 ini bakal menikmati ganjaran bernilai sehingga RM1,317. Ia merangkumi e-baucar bernilai RM800 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store, Silicone Cover dengan tali ‘Strap’, dan sebuah Lucky Box yang mengandungi tali ‘strap’ edisi terhad.

Selain itu, pembelian Galaxy S22 Ultra 5G pula berpeluang menerima LAMY Safari Twin Pen. Manakala buat anda yang membuat pembelian Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 pula berpeluang menerima Camera Filter Mount.

Pra-tempahan boleh didapati menerusi Samsung Experience Store, wakil jualan Samsung yang sah dan Samsung Malaysia Online Store. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan ini, layari Samsung Malaysia. Anda juga boleh membuat pra-tempahan Galaxy S22 Ultra 5G dan juga Galaxy S22+/S22 5G dengan segera melalui Samsung Malaysia.

Model Harga Jualan Colour Hadiah Eksklusif
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB RM 5,499 Phantom Black, Phantom Silver, Green, Burgundy • e-baucar Samsung.com (“Pre-Order e-Voucher”) bernilai RM800

• Galaxy S22 Ultra 5G Silicone Cover dengan Strap bernilai RM169

• 1x Lucky Box (1x strap lebar untuk Silicone Cover dengan Strap) bernilai RM79

• 1x Galaxy X LAMY Safari Twin Pen, bernilai RM269

Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB RM 4,299 Phantom Black, Phantom Silver, Green, Pink Gold • Samsung.com e-Voucher (“Pre-Order e-Voucher”) bernilai RM800.

• Galaxy S22+ 5G atau Galaxy S22 5G Silicone Cover dengan Strap bernilai RM169

• 1x Lucky Box (1x wide strap untuk Silicone Cover dengan Strap) bernilai RM79

• 1x Camera Filter Mount, bernilai RM169

Samsung Galaxy S22 5G 256GB RM 3,699 Phantom Black, Phantom Silver, Green, Pink Gold

 

Tinggalkan komentar