Kerajaan UK telah mengumumkan perkakasan Huawei perlu dialihkan keluar dari seluruh rangkaian 5G menjelang penghujung tahun 2027.
Ini menandakan pusingan U dalam keputusan membenarkan penggunaan peralatan Huawei untuk tujuan pembangunan infrastruktur rangkaian dengan beberapa sekatan.
Penyedia telekomunikasi juga diharamkan dari membuat perolehan peralatan 5G baharu dari Huawei bermula pada Januari 2021. Tempoh sehingga tujuh tahun juga diberikan kepada penyedia telekomunikasi untuk mengalihkan keluar peralatan Huawei sedia ada dari infrastruktur 5G masing-masing.
Keputusan ini telah dibuat pada 14 Julai 2020 menerusi satu Mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Encik Boris Johnson berikutan sekatan baharu yang dikenakan oleh A.S. terhadap Huawei.
Selaras dengan saranan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) juga telah, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesan dari sekatan ini dan juga risiko keselamatan jika penggunaan peralatan berkenaan diteruskan.
Menurut Setiausaha Digital Encik Oliver Dowden;
“5G will be transformative for our country, but only if we have confidence in the security and resilience of the infrastructure it is built upon. Following US sanctions against Huawei and updated technical advice from our cyber experts, the government has decided it is necessary to ban Huawei from our 5G networks.”
Dalam perkembangan yang berkaitan, A.S. kini sedang giat menggesa rakan-rakan sekutunya untuk tidak menggunakan peralatan rangkaian 5G Huawei atas sebab-sebab keselamatan.













