Menjelang pelancaran iPhone 11 ke pasaran tempatan pada minggu ini, U Mobile telah mendedahkan pihaknya akan memperkenalkan eSIM dalam masa terdekat ini. eSIM merupakan sejenis SIM yang membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi tanpa penggunaan kad secara fizikal. Apa yang anda perlukan adalah mengimbas kod QR dan seterusnya dapat disambungkan ke rangkaian dengan segera.

Menurut U Mobile, eSIM yang dinyatakan bakal tersedia bermula dari 27 September 2019. Setakat ini tiada sebarang maklumat sama ada ianya akan ditawarkan kepada pelanggan sedia ada atau terdapat caj bayaran dikenakan jika ada pengguna yang mahu menaik taraf dari kad SIM fizikal.

Buat masa ini, eSIM (embedded SIM) U Mobile akan tersedia untuk pengguna iPhone yang merangkumi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, berserta model-model keluaran tahun lepas iaitu iPhone XS, XS Max dan XR.

Fungsi eSIM ini juga boleh digunakan secara dwi-SIM pada model iPhone terbaru ini memandangkan model berkenaan boleh menggunakan eSIM dan kad SIM fizikal secara serentak.

Pra-tempahan iPhone 11 kini sedang dibuka dan akan hadir ke pasaran Malaysia secara rasminya pada 27 September 2019.

Sumber berita diperoleh dari U Mobile

Tinggalkan komentar