Bagi anda yang berminat untuk mencuba pelekat Pengenalan Berfrekuensi Radio atau Radio Frequency Identification (RFID) Touch ‘N Go, mungkin April ini adalah masa yang sesuai buat anda. Touch ‘N Go baru-baru ini telah mengumumkan tawaran pemasangan pelekat RFID secara percuma kepada mana-mana pengguna yang berminat.
Program ini berjalan di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang sepanjang April 2019 ini dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Tawaran percuma ini bagaimanapun hanya terhad untuk 20,000 pelanggan pertama sahaja.
RFID dirancang untuk dijadikan sebagai pengganti kepada penggunaan sistem SmartTAG. Beberapa keunikan sistem RFID yang bakal dilaksanakan secara menyeluruh kelak adalah isian semulanya yang boleh dilakukan menerusi aplikasi dompet elektronik TnG.

Pengguna yang berminat boleh mengunjungi mana-mana lokasi yang disenaraikan oleh TnG bersama-sama dokumen-dokumen sokongan seperti:
- Kad Pengenalan (Salinan dan Asal) atau Lesen Memandu atau Pasport (Bagi bukan warganegara)
- Salinan Geran Kenderaan atau Cover Note Insurans yang sah
- Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika pemegang akaun dompet elektronik Touch ‘N Go dan pemilik kenderaan adalah individu yang berbeza













