TnG Digital telah memperkenalkan ciri imbasan QR yang dinaik taraf di dalam aplikasi TnG eWallet untuk membolehkan pengguna membuat imbasan QR selain dari pembayaran. Kemaksini ini membolehkan aplikasi berkenaan membaca menu restoran, borang, tiket dan lain-lain kod QR bukan pembayaran.
Menurutnya, ciri ini direka bagi memudah dan mempercepatkan urusan harian kerana penggunaan kod QR semakin diterima ramai di Malaysia.
Untuk menggunakannya, anda boleh membuka aplikasi TnG eWallet dan mengetik pada ikon ‘Scan’ pada muka utama, dan halakan kamera ke kod QR. Bergantung pada jenis kod, aplikasi seterusnya akan meminta pengguna untuk membuat pembayaran, membuka pautan atau menyimpan maklumat.
Sokongan QR baharu ini menambah lagi perkhidmatan kewangan dan gaya hidup sedia ada TnG eWallet yang meliputi e-dagang, pembayaran bil, pelaburan, insurans, dan pengiriman wang antarabangsa. TnG Digital juga menyatakan usaha ini mampu memperkasakan aplikasi tersebut ke arah perkhidmatan digital semua-dalam-satu.
Bagi meraikan pelancarannya, TnG Digital memaklumkan pengguna berpeluang untuk memenangi kredit eWallet atau PIN isian semula dengan mengimbas kod QR bukan pembayaran. Penyertaan juga boleh dibuat dengan berkongsikan pengalaman di media sosial melalui tanda pagar #SatuAppSemuaQR.