Sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Spetember, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan penyediaan akses internet percuma kepada para pengguna di mana-mana lokasi TM WiFi di seluruh negara.
Selain dari itu, TM turut menawarkan HyppTV secara percuma sama ada melalui set-top box mahupun platform HyppTV Everywhere.
Terdapat di lebih dari 3,000 lokasi di seluruh Malaysia, akses internet percuma melalui TM WiFi ini disediakan tanpa had kuota penggunaan dan juga jumlah pengguna yang mengaksesnya. Namun begitu, kelajuan yang disediakan oleh poin-poin akses TM WiFi adalah maksima 1 Mbps.
Untuk HyppTV pula, pengumuman tersebut turut menyatakan bahawa tontonan percuma ditawarkan kepada kesemua pelanggan HyppTV dan kesemua lebih dari 100 saluran dapat ditonton melalui perkhidmatan IPTV. Bagaimanapun, dikhabarkan akses ini hanya terhad digunakan melalui talian internet menggunakan produk TM seperti Unifi dan Streamyx.
Apapun, akses percuma ke TM WiFi dan HyppTV Everywhere akan bermula hari ini sehingga 30 September.
Sumber berita diperoleh dari Facebook Hypp World














Salam, singgah baca…