Utama Mobile Aplikasi Spotify naikkan harga langganan Premium; Kini dari RM17.50 sebulan

Spotify naikkan harga langganan Premium; Kini dari RM17.50 sebulan

84
0
Spotify-buang-Shuffle-Album-Adele

Pelanggan Spotify Premium perlu membayar harga langganan yang lebih tinggi tidak lama lagi. Platform penstriman audio berkenaan baru-baru ini telah mengumumkan kemaskini harga untuk pelan-pelan Premium di beberapa rantau.

Kenaikan harga ini melibatkan pelanggan-pelanggan di Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Latin, dan Asia Pasifik. Pihak syarikat juga akan menghantar emel kepada pengguna-pengguna terkesan bagi menjelaskan perubahan ini dalam masa terdekat.

Spotify tidak menyatakan secara khusus negara-negara yang terkesan dengan kenaikan ini. Laman webnya telah dikemaskini bagi menunjukkan perubahan harga tersebut. Untuk pengguna di Malaysia, harga Pelan Individu kini berharga RM17.50 sebulan. Pelan Pelajar (Student) dan Keluarga (Family) masing-masing berharga RM9.50 dan RM27.90 sebulan. Manakala Pelan Duo pula kini berharga RM24.50 sebulan.

Pelanggan akan melihat perubahan harga di dalam bil bulan hadapan. Sebelum ini pelan-pelan berkenaan masing-masing berharga RM15.90, RM8.50, RM24.90, dan RM21.50 sebulan.

Tiada sebarang penjelasan diberikan tentang mengapa kenaikan harga ini dibuat. Pihak Spotify hanya menyatakan pihaknya akan terus berinovasi dalam menawarkan penawaran produk dan ciri-cirinya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.