Spotify telah mengumumkan fungsi penstriman terus (direct streaming) dan muat turun kandungan akan hadir ke aplikasinya di Wear OS.

Selain membawakan versi baharunya ke platform yang diperkenalkan bersama-sama sri Galaxy Watch4 ini, fungsi baharu ini juga boleh digunakan pada peranti lama yang menggunakan Wear OS 2.0.

Fungsi penstriman terus ini sama dengna yang diperkenalkan kepada pengguna Apple Watch pada November tahun lalu. Melaluinya, anda boleh menstrim kandungan Spotify secara terus pada jam tangan pintar anda tanpa memerlukan sambungan berterusan ke telefon anda.

Pastinya, penstriman melalui jam tangan pintar ini memerlukan peranti berkenaan bersambungan ke internet. Selain itu, anda juga boleh memuat turun muzik atau siar dengar terus ke jam tangan melalui aplikasi Wear OS berkenaan.

Ini berbeza dengan fungsi yang terbaru yang ditawarkan sebelum ini yang mana pengguna perlu memindahkan kandungan yang telah dimuat turun dari iPhone ke Apple Watch untuk mendengar secara offline.

Bagaimanapun, tida semua fungsi terbaru ini ditawarkan kepada pengguna Spotify percuma. Sungguhpun fungsi muat turun terus boleh diakses oleh pengguna percuma, fungsi penstriman terus pula hanya boleh di dapati dalam Shuffle Mode sahaja.

Fungsi baharu ini akan ditawarkan ke aplikasi Spotify versi Wear OS dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Kemaskini ini juga akan hadir ke peranti Wear OS 2.0 lama seperti dari jenama Fossil, Mobvoi, Suunto, Montblanc, dan sebagainya.

Tinggalkan komentar