Bergantung pada tabiat mendengar muzik anda, anda mungkin lebih cenderung mendengar album pada Spotify secara ‘shuffle’. Cara mendengar ini sememangnya telah ditetapkan secara lalai di dalam platform penstriman muzik ini.

Kini, atas permintaan dari Adele, platform penstriman muzik berkenaan telah mengubah cara mendengar muzik pada album mengikut turutan secara lalai.

Penyanyi popular dengan lagunya yang bertajuk ‘Rolling In The Deep’ ini telah menjelaskan perkara tersebut menerusi Twitter. Menurut beliau, sesebuah album menceritakan tentang sesuatu dan ia sepatutnya dimainkan seperti yang kita kehendaki.

Melalui perubahan ini, butang pilihan pada mana-mana muka album akan memainkan trek lagu berdasarkan turutan asalnya.

Ciri shuffle untuk memainkan trek-trek lagu di dalam album bagaimanapun masih lagi dikekalkan. Anda boleh mengubahkannya pada pilihan di dalam skrin ‘Now Playing’. Fungsi ini juga hanya ditawarkan pada pelanggan Spotify yang berbayar sahaja.

Perubahan ini tidak memberikan kesan yang beigtu besar terhadap cara mendengar pengguna. Ini kerana biasanya kita akan mengambil mana-mana lagu yang kita suka di dalam Spotify dan akan memasukkan ke dalam ‘playlist’ sendiri. Cuma, sekurang-kurangnya bagi anda yang meminati Adele dapat mendengar album terbaru beliau, ’30’ mengikut turutan yang sebenarnya.

Tinggalkan komentar