Maklumat mengenai pemprosesan notebook Intel Generasi Kesembilan H-Series telah mula tersebar di dalam internet. Terbaru, maklumat mengenainya turut menyatakan bilangan teras, kelajuan bes (base) dan klok yang lebih tinggi, dan juga TDP (thermal design power) yang lebih tinggi.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Techspot, pemprosesan dari siri ini turut menyertakan dua jenis pemprosesan Core i9s, dua pemprosesan Core i7s, dan dua pemprosesan Core i5. Spesifikasi paling tinggi yang ditawarkan oleh pemprosesan dari siri ini, Core i9-9980HK akan memuatkan 8-teras, 16-bebenang bersama-sama dengan kelajuan klok yang dipertingkatkan, 5GHz dan cache L3 16MB.
Untuk Core i9-9880H pula, ia dilengkapi dengan bilangan teras dan saiz cache L3 yang sama Core i9-9980HK, cuma kelajuan kloknya sahaja yang kurang iaitu pada 4.8GHz.
Seterusnya, dua pemprosesan Core i7: Core i7-9850H dan Core i7-9750H. Kedua-duanya dilengkapi dengan 6-teras, 12-bebenang. Bagaimanapun, kedua-duanya Core i7-9850H dan Core i7-9750H masing-masing dipertingkatkan kelajuan, 4.6GHz dan 4.5GHz.
Tidak ketinggalan, pemprosesan dari jenis Intel Core i5, menampilkan dua jenis pemprosesan model terbaru, Core i5-9400H dan Core i5-9300H. Dari segi spesikasi pemprosesan ini hadir dengan 4-teras dan 8-bebenang, serta cache L3 8MB. Kelajuan klok yang dipertingkatkan oleh pemprosesan jenis ini adalah masing-masing 4.3GHz dan 4.1GHz.
Setakat ini pihak Intel masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung bilakah pemprosesan-pemprosesan ini akan hadir ke pasaran.
Sumber berita diperoleh dari Techspot













