Speedtest pada bulan Disember tahun lalu telah merekodkan kelajuan median internet bagi talian mudah alih di Malaysia kini mencecah 25.19Mbps.

Berdasarkan laporan tersebut, didapati kelajuan memuat naik adalah pada 7.66Mbps dan kadar pendaman adalah 28ms untuk pengguna di Malaysia.

Angka ini seterusnya menjadikan Malaysia berada di tangga ke-72 di seluruh dunia dari sudut kelajuan median internet mudah alih.

Speedtest pada kebiasaannya membuat laporan data rekod kelajuan internet secara bulanan mengikut negara-negara di seluruh dunia.

Tinggalkan komentar