Sony secara rasminya telah mengumumkan Xperia 5 IV, model mercu dari siri Mark IV yang sebelum ini turut menyertakan Xperia 1 IV dan Xperia 10 IV. Model ini juga merupakan yang pertama dari siri Xperia 5 yang menampilkan pengecasan nirwayar.

Sony Xperia 5 IV kelihatan hampir sama dengan model keluaran sebelumnya, terutama pada paparan OLED 6.1-inci dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Pun begitu, Sony menyatakan paparan model kali adalah 50% lebih terang. Ia juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus pada sebelah depan dan belakangnya, disamping mengekalkan kerintangan air dan debu IP68.sony-xperia-5-iv-paparan

Di dalam telefon pintar ini menempatkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bersama-sama RAM 8GB, storan 128GB dan slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 1TB. Selain menyediakan sokongan dwi-SIM pada slotnya, ia juga menyokong penggunaan eSIM bersama-sama ketersesuaian dengan Wi-Fi 6, NFC dan Bluetooth 5.2.sony-xperia-5-iv-kamera belakang

Sony melengkapkan Xperia 5 IV dengan tri-kamera pada bahagian belakang telefon ini mellaui lensa standard 24mm, lensa telefoto 60mm tanpa zum optikal, dan lensa ultra-lebar 16mm dengan ketiga-tiganya menggunakan sensor 12MP. Setiap kamera tersebut mampu menyokong sehingga 120fps. Tidak ketinggalan, sebuah kamera dengan sensor 12MP disediakan pada sebelah hadapannya.sony-xperia-5-iv-hitam

Kapasiti bateri telefon pintar Sony ini juga menyaksikan peningkatan ketara berbanding tahun lepas dari 4,500mAh kepada 5,000mAh. Malah, untuk tahun Sony turut menambah sokongan pengecasan secara nirwayar dan juga secara berbalik.sony-xperia-5-iv-hijau

Audio Xperia 5 IV dianggap unik kerana menjadi antara telefon pintar mercu keluaran tahun ini yang menyediakan bicu audio 3.5mm sungguhpun masih menyediakan sokongan Bluetooth LE dan codec LDAC.

Sony Xperia 5 IV boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat pada harga US$1,000 (~RM4,480) bermula hujung Oktober ini dengan pilihan warna hitam dan hijau. Buat masa ini tidak diketahui bilakah telefon pintar ini akan hadir memasuki pasaran tempatan dan ia dijangka bakal tiba sekitar suku keempat tahun ini.

Tinggalkan komentar