Lebih kurang sebulan selepas pengumuman kelompok ketiga pra-tempahan PlayStation 5 dibuka, Sony Malaysia kini telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk kelompok keempat pula tengah malam semalam.

Peraturan dan syarat masih lagi sama seperti yang telah ditetapkan pada kelompok yang terdahulu. Antaranya termasuklah hanya satu aksesori atau periferal bagi setiap pembelian konsol. Pembelian secara pesanan melalui WhatsApp juga turut disediakan.

Bagi yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melakukannya menerusi Kedai Sony Malaysia rasmi di Lazada. Selain itu, anda juga boleh membuat pra-tempahan menerusi kedai fizikal dan wakil pengedar yang sah. Seperti kelompok terdahulu, bekalan PlayStation 5 yang disediakan kali ini juga dijangkakan amat terhad.

Harga jualan bagi PlayStation 5 standard adalah RM2,299, manakala untuk edisi digital pula harganya adalah RM1,849.

Tinggalkan komentar