Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa telah menyekat 1,074 laman web lucah kerana telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Justifikasi sekatan ini dilakukan adalah untuk memelihara nilai-nilai murni di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menurut SKMM, sebanyak lapan dari sepuluh laman pornografi terkemuka di internet berdasarkan ranking Alexa telah berjaya disekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak telah memberi ulasan berkenaan laporan sewaktu Majlis Rumah Terbuka Deepavali Selasa baru-baru ini. Beliau turut menyatakan sebanyak 106 buah laman web lucah telah dikenalpasti akan disekat atas sebab melakukan kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang ulasan lanjut laman apakah yang disekat dan mengapa terdapat kelewatan dalam sekatan terhadap laman-laman web lucah yang telah dikenalpasti.

Beliau turut menambah, “It is important for the MCMC to take action as this is the root cause of social problems in our country (Adalah amat mustahak bagi SKMM untuk mengambil tindakan kerana ini merupakan punca utama kepada masalah sosial di negara kita).”

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut menasihatkan orang ramai supaya memberikan maklumat kepada pihak kementerian tentang laman-laman web yang menyebarkan kandungan yang tidak senonoh.

-Sumber berita diperoleh dari The Star

3 KOMEN

Tinggalkan komentar