Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia supaya mengoptimakan rangkaian 4G sedia ada sebagai persediaan ke arah rangkaian 5G tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Digital SKMM, Gerard K M Lim menjelaskan mengapa gesaan ini dilakukan:
“Oleh itu, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi mesti merancang bagi memastikan capaian 4G sedia ada dioptimumkan dan pada masa sama, membuat persiapan ke arah keperluan 5G.
“Teknologi 5G menjanjikan 1 Gigabit sesaat untuk setiap pengguna dan jika kerja-kerja penaiktarafan rangkaian teras tidak diberi perhatian, masalah throughput yang sedang melanda negara akan kekal,”
Selain itu, SKMM turut menjelaskan bahawa setakat ini hanya sekitar 40 peratus BTS (Base Transceiver Stations, bukan kumpulan K-Pop tu atau Bandar Tasik Selatan) di Malaysia yang telah ditukar kepada gentian. Ini merupakan salah satu punca utama mengapa kelajuan rangkaian 4G di sesetengah kawasan boleh merosot hingga ke paras 9Mbps sungguhpun kadar purata kelajuan 4G di Malaysia adalah 21.1Mbps.
Tahun ini memang banyak syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia seperti Maxis, Celcom, dan juga U Mobile menyatakan hasrat untuk meningkatkan ke arah 5G. Namun, tidak dapat dipastikan apakah tindakan yang sudah dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan dalam memaksimakan penggunaan rangkaian 4G sedia ada masing-masing.
Sumber berita diperoleh dari SKMM













