Kuala Lumpur, 2 September 2025 ShopeePay hari ini mengumumkan pelancaran dua pelan insurans Kemalangan Diri baharu hasil kerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Inisiatif ini selaras dengan misi ShopeePay, iaitu ‘Akses Kewangan Dipermudah’, yang bertujuan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM50 dan RM75, kedua-dua pelan ini layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kerajaan, yang menyediakan subsidi sebanyak RM30 kepada dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah, seperti yang diumumkan semasa Belanjawan 2025.

Pelanggan yang layak boleh menikmati perlindungan menyeluruh serendah RM20 (tertakluk kepada SST). Pelan ini ditawarkan melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee bertujuan bagi memberikan perlindungan asas yang penting untuk semua rakyat Malaysia.

Butiran bagi kedua-dua pelan adalah seperti berikut:

Pelan 1  Pelan 2
Premium Tahunan RM50 (Tidak termasuk SST) RM75 (Tidak termasuk SST)
Premium Tahunan dengan Baucar Perlindungan Tenang *Untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahaja RM20 (Tidak termasuk SST) RM45 (Tidak termasuk SST)
Premium Tahunan dengan Baucar dan 8% SST RM24 RM51
Kelayakan Warganegara Malaysia, berumur 18 – 59  Warganegara Malaysia, berumur 18 – 59 
Faedah Jumlah Yang Diinsuranskan (RM)
Kematian atau Hilang Upaya Kekal 30,000 50,000
Pendapatan Hospital – Hospital Kerajaan sahaja (sehingga maksimum tiga puluh (30) hari setahun) 50 sehari 100 sehari
Perbelanjaan Perubatan – Hospital Kerajaan sahaja (sehingga) 500 750
Bantuan Kecemasan (sekiranya pemindahan berlaku akibat banjir) (Bayaran sekaligus/sekali sepanjang tempoh polisi) 500 750

Tuntutan dan Penggunaan Baucar Perlindungan Tenang Anda

Dalam aplikasi ShopeePay atau Shopee, pengguna hanya perlu klik “Tenang” di Halaman Utama Insurans, mengesahkan kelayakan mereka untuk Baucar Perlindungan Tenang, dan memberikan maklumat peribadi yang diperlukan. Seterusnya, semak butiran perlindungan dan klik “Bayar Sekarang” untuk melengkapkan pembelian. Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya permohonan mereka berjaya. Pemohon yang berjaya juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM10 tanpa perbelanjaan minimum.

Menerusi inisiatif ini, kami berbangga dapat menyokong program Perlindungan Tenang oleh Bank Negara Malaysia, yang memupuk keterangkuman kewangan dengan menjadikan insurans lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh komuniti B40. Usaha ini juga selaras dengan misi ShopeePay, iaitu ‘Akses Kewangan Dipermudah’, yang berhasrat memberi orang ramai akses kepada produk kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. Anda juga boleh melayari https://myptv.my/ untuk menyemak kelayakan anda untuk Baucar Perlindungan Tenang.

Tinggalkan komentar