SHARJAH, UAE, 23 Oktober 2023 /PRNewswire/ — Sheikh Saud bin Sultan Al Qasimi, Pengarah Sharjah Digital Office, melancarkan ‘Sharjah NFT,’ satu inisiatif rintis di UAE yang memanfaatkan teknologi NFT untuk entiti kerajaan dan swasta bagi mengeluarkan sijil digital yang disahkan menggunakan token terikat jiwa (soulbound token), serta menyimpan dan menjejak dokumen dengan cekap menggunakan blok rantai melalui kod QR. Ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan transformasi digital Sharjah dan menggariskan komitmennya terhadap masa depan yang mampan untuk semua. 

 

Platform ini telah dirasmikan di Pavilion Kerajaan Sharjah semasa acara GITEX GLOBAL 2023. Ia menyediakan sistem yang inovatif dan mesra pengguna yang membolehkan pelbagai entiti, termasuk pihak berkuasa kerajaan, institusi pendidikan, perniagaan swasta dan penganjur acara, untuk mengeluarkan sijil yang disahkan sebagai kod tidak sepiawai yang disimpan dalam rekod digital. 

Sheikh Saud bin Sultan Al Qasimi berkata: “Dengan mempertimbangkan kemajuan pesat teknologi dalam pekerjaan dan kehidupan, Sharjah Digital Office tetap berdedikasi untuk menyepadukan teknologi termaju untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Usaha ini adalah teras kepada perjalanan transformasi digital emirat ini, didorong oleh visi Yang Amat Mulia Sheikh Dr Sultan bin Mohammed Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi dan Pemerintah Sharjah, yang menekankan kepentingan memupuk inovasi dalam domain teknologi Sharjah serta mengutamakan fleksibiliti dan kecekapan merentasi semua sektor.”

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, beliau berkata: “Pengenalan Platform Sharjah NFT menandakan peralihan daripada sijil kertas tradisional kepada sijil digital yang selamat dan boleh dipercayai, yang mudah dikeluarkan dan menawarkan tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi. Platform ini bertindak sebagai tembok keselamatan; ia mempunyai ketahanan terhadap sebarang bentuk gangguan atau penipuan serta memastikan ketulenan dan kredibiliti sijil melalui teknologi blok rantai, sekali gus menjamin perkaitan langsungnya dengan penerima yang sah.” Beliau juga menegaskan bahawa inisiatif ini selaras dengan strategi Sharjah Digital Officeuntuk memperkukuh dan mempercepatkan perjalanan transformasi digital di emirat ini, dengan penekanan yang kuat terhadap mencapai kemajuan yang ketara dalam domain kehidupan pintar.

Pengguna boleh mereka bentuk dan menjana sijil yang tersuai untuk memenuhi keperluan khusus mereka, menggunakan infrastruktur berasaskan blok rantai dalam platform ini untuk mencipta rekod sijil dengan cekap dan berfungsi sebagai hab kawalan pusat untuk menyelaraskan pengedaran mereka dengan tahap kecekapan yang maksimum dan penglibatan manual yang minimum.

Selain kecekapan dan kepantasan platform ini, ia turut mempamerkan pencapaian penerima merentasi platform dan pasaran NFT yang terkenal, sekali gus meningkatkan lagi kedudukan profesional pemegang sijil apabila dikongsi.

Video – https://mma.prnewswire.com/media/2254612/Sharjah_Digital_Office.mp4
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2254609/Sharjah_Digital_Office.jpg

Sharjah Digital Office melancarkan 'Sharjah NFT' untuk sijil digital di GITEX GLOBAL 2023

 

Tinggalkan komentar