Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu, 3 Disember telah mengumumkan senarai kabinet terkini Malaysia yang terdiri dari 32 orang menteri. Kini, pada 9 Disember beliau telah mengumumkan senarai 27 orang bagi jawatan timbalan menteri.

Dua Timbalan Perdana Menteri turut diumumkan pada minggu lalu iaitu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Kedua-duanya juga akan memegang jawatan menteri, dengan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sementara Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi. Manakala jawatan Menteri Kewangan pula akan dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet Kerajaan Perpaduan:

  • Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof

Kewangan

  • Menteri Kewangan : Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Seri Haji Ahmad Maslan
  • Timbalan Menteri Kewangan: Steven Sim Chee Keong

Kemajuan Desa Dan Wilayah

  • Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Rubiah Wang

Perladangan Dan Komoditi

  • Menteri Perladangan Dan Komoditi: Datuk Seri Fadillah Yusof
  • Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi: Datuk Siti Aminah Aching

Kesihatan

  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
  • Timbalan Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang Sauni

Pendidikan

  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
  • Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying

Pendidikan Tinggi

  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mohd Yusof Apdal

Pertahanan

  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
  • Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari

Pengangkutan

  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
  • Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Haji Hasbi Habibollah

Pertanian Dan Keterjaminan

  • Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
  • Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin

Ekonomi

  • Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
  • Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib

Pembangunan Kerajaan Tempatan

  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Kerja Raya

  • Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Dalam Negeri

  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah

Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Liew Chin Tong

Sains Dan Teknologi

  • Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang
  • Timbalan Menteri Sains Dan Teknologi: Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Binti Shukri
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Aiman Nafirah Sabu

Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh

Undang-undang Dan Reformasi Institusi

  • Menteri Undang-undang Dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman
  • Timbalan Menteri Undang-undang Dan Reformasi Institusi: Ramkarpal Singh Deo

Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim

  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim: Hwang Tiong Si

Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

  • Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi: Saraswathy Kandasamy

Luar Negeri

  • Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
  • Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin

Pelancongan

  • Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
  • Timbalan Menteri Pelancongan: Khairul Firdaus Akbar Khan

Komunikasi Digital

  • Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
  • Timbalan Menteri Komunikasi Digital: Teo Nie Ching

Perpaduan Negara

  • Menteri Perpaduan Negara: Datuk Aaron Ago Anak Dagang

Agama

  • Menteri Agama: Datuk Mohd Na’im Mokhtar

Belia dan Sukan

  • Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh Tseow Suan
  • Timbalan Menteri Belia Dan Sukan: Adam Adli Abd Halim

Sumber Manusia

  • Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Hal Ehwal Sabah dan Sarawak

  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak): Datuk Armizan Mohd Ali
  • Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak): Datuk Wilson Ugak Kumbong

Tinggalkan komentar