Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dilaporkan akan menerima bayaran fasa satu secara berperingkat bermula pada tarikh 28 Mac 2022. Jumlah bantuan sejumlah RM2 billion ini akan diagihkan kepada seramai 8.6 juta orang, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan kelayakan, setiap penerima akan mendapat bayaran di antara RM100 hingga RM300. Sebanyak 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang atau balu dan 3.4 juta individu bujang bakal menerima manfaat tersebut. Tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 ini akan mula dikreditikan ke akaun bank penerima bermula dari 28 Mac hingga 8 April 2022.

Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank pula, bayaran tersebut akan dibuat pada 30 Mac ini di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Pemohon-pemohon yang tidak layak pula dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh sebulan selepas 2 Mei 2022.

Permohonan program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka pada 1 Januari 2022

Terdahulu, individu yang layak menerima program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mendaftar atau membuat semakan bermula dari 1 Januari sehingga 31 Januari 2022.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini meminta mana-mana indvidu yang layak untuk membuat permohonan berkenaan selain penerima sedia ada mengemaskini maklumat terkini jika terdapat sebarang perubahan baharu.

“Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” ujar beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah beliau lagi, data penerima BPR dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) 2021, serta Geran Khas Prihatin yang ditolak permohona BPR akan dibawa masuk secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Selain itu, data dari agensi-agensi kerajaan lain seperti e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan penduduk PPR juga akan diintegrasikan ke dalam sistem BKM.

Kategori penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Terdapat empat kategori penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 yang telah ditetapkan iaitu:

Kategori 1
  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Tiada anak: Bantuan RM1,000
  • 1-2 anak: Bantuan RM1500
  • Lebih 3 anak:  Bantuan RM2000
Kategori 2
  • Pendapatan Isi rumah RM2500 -RM5000
  • Tiada anak: Bantuan RM400
  • 1-2 anak : Bantuan RM600
  • Lebih 3 anak: Bantuan RM800
Kategori 3
  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Tambahan bantuan RM500 jika isi rumah berstatus iba/ bapa tunggal mengikut bilangan anak
  • Tambahan bantuan RM300 jika isi rumah berstatus warga emas mengikut bilangan anak
Kategori 4
  • Bantuan RM600 untuk warga emas
  • Bujang RM350 bagi pendapatan kurang RM2500

Penerima akan menerima bayaran sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022. Anda yang boleh membuat permohonan atau melakukan semakan menerusi laman web https://bkm.hasil.gov.my dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan oleh kerajaan melalui sesi pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen. Tujuan utama ia diperkenalkan adalah bagi mengurangkan impak dari pandemik COVID-19 yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini.

Tinggalkan komentar