Buat anda yang kerap menggunakan WhatsApp, kemaskini terbaru ini mungkin menarik minat anda. WhatsApp baru-baru ini telah memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan anda menyekat panggilan, dan mesej yang tidak diingini terus dari skrin berkunci (lock screen) anda.
WhatsApp kini memudahkan anda mengawal siapa yang boleh menghubungi anda. Melalui ciri baharu ini, anda kini boleh menyekat spam terus dari skrin berkunci anda atau dari senarai borak. Menariknya, anda boleh melakukannya terus tanpa perlu membuka mesejnya.
Untuk melakukannya, tekan lama pada mesej yang anda ingin sekat sehingga pilihan untuknya muncul iaitu “Reply” atau “Block”. Apabila memilih “Block”, anda boleh memilih sama untuk hanya menyekatnya, atau menyekat dan melaporkannya.
Pengenalan ciri baharu ini diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia dalam menangani gejala panggilan palsu dan mesej penipuan yang berleluasa dewasa ini.













