Sejak beberapa tahun, Samsung telah menganjurkan beberapa siri acara khusus pelancaran sesebuah produk baharu yang dikenali sebagai Unpacked.
Untuk tahun ini, sebanyak dua acara berkenaan telah dilangsungkan iaitu pada Januari dan Mac.
Kini, acara Unpacked ketiga untuk tahun ini bakal dilangsungkan pada 28 April 2021 dan dimaklumkan menerusi iklan trailer baharu.
Berdasarkan trailer tersebut, terdapat kemungkinan acara berkenaan akan memperkenalkan dua laptop Galaxy Book baharu. Terdahulu, terdapat maklumat mengenai laptop Galaxy Book Pro dan Galaxy Book Pro 360 telah tertiris di ruangan maya.
Acara Unpacked pada 28 April ini bagaimanapun tidak diketengahkan di dalam laman web Samsung Malaysia seperti yang dilakukan untuk acara sebelum ini. Pada kebiasannya, peranti yang tidak memasuki pasaran Malaysia tidak akan dipaparkan pada laman web rasmi berkenaan.
Hanya laman web Samsung Amerika Syarikat sahaja yang mengetengahkan acara Unpacked tersebut, lengkap dengan laman mini untuk acara dan peranti Galaxy Book yang akan dilancarkan.