Bersama-sama pelancaran MacBook Pro dengan cip M1 Pro dan M1 Max, Apple turut melancarkan kain pengelapnya yang berharga RM99. Kini, Samsung turut mengikuti jejak langkah tersebut dengan memperkenalkan kain pengelapnya sendiri secara percuma.
Kain pengelap berukuran 20×20 cm berwarna hitam ini ditawarkan secara percuma kepada 1,000 pengguna terawal yang menebusnya di dalam aplikasi Samsung Members di Jerman.
Promosi berkenaan buat masa ini hanya ditawarkan di Jerman sahaja. Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan diperkenalkan ke pasaran lain.
Samsung sering mengusik Apple terutamanya di dalam hal berkaitan produk-produk atau teknologi baharu yang diperkenalkan. Usik-mengusik antara gergasi teknologi dunia ini setidak-tidaknya dapat memeriahkan suasana perkembangan teknologi semasa.













