Samsung telah bekerjasama dengan jenama-jenama Malaysia melalui tali peranti edisi khas untuk peranti-peranti Galaxy. Rekaan unik berkenaan menampilkan Mamee Monster, AirAsia dan Inside Scoop.

Menurut Samsung Malaysia, tali peranti edisi khas ini didatangkan bersama-sama apabila anda membeli cover silikon dengan tali untuk Galaxy S21 FE, S22, S22+, S22 Ultra, Z Flip 3, Tab S7 dan S8. Cover silikon dengan tali untuk telefon pintar berkenaan berharga RM169, manakala untuk tablet Tab S7 dan S8 pula harganya adalah RM329. Harga bagi tali berkenaan sahaja adalah RM79 sahaja.

Cover ini juga didatangkan dengan seutas tali yang lebar bagi membolehkan anda memegang peranti anda dengan selamat. Bagi anda yang bertangan besar, panjang tali berkenaan boleh dilaraskan dan ia juga hadir dengan kancing logam pada hujungnya.S22 Local Strap Collaboration_visual

Set tali peranti khas ini dijual secara eksklusif di dalam talian menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia. Hanya terdapat 3,200 unit sahaja yang dijual dan diagihkan secara rawak apabila anda membeli cover silikon dengan tali peranti. Anda tidak dapat memilih tali mengikut jenama kegemaran anda dan ia hanya dipamerkan ketika memasuki laman pembayaran sahaja.

Tinggalkan komentar