Samsung kini dilaporkan sedang menguji pengecasan berwayar pantas baharu 65W dan dijangka sedia untuk ditawarkan bersama-sama siri Galaxy S22 awal tahun depan.
Berdasarkan maklumat yang ditiriskan oleh pengguna Twitter, Tron, Rainbow dikatakan nama kod bagi siri Galaxy S22, dengan R mewakili model standard, G untuk Plus dan B untuk Ultra.
Maklumat mengenai pengecas 65W Samsung sedang di dalam pembikinan pertama kali dilaporkan pada Januari lalu. Seterusnya, pada Februari lalu ia telah menerima persijilan dengan kelajuan pengecasan maksimum adalah 3.25 Amp pada 20 Volt.
Hearing 65W in test phase for Rainbow RGB…
— Tron ❂ #GalaxyUnpacked (@FrontTron) July 20, 2021
Mungkin ini adalah masanya untuk Samsung meningkatkan tahap maksimum pengecas bagi siri Galaxy lebih dari 25W.
Tidak dapat dipastikan jika pengecas 65W ini berjaya dihasilkan akan disertakan bersama-sama unit telefon yang dijual atau secara berasingan.













