Samsung mula menawarkan kemaskini One UI 5 yang berasaskan Android 13 ke peranti-peranti Galaxy. Antara yang terawal Samsung Galaxy S22, S22 Plus dan S22 Ultra yang kemudian akan disusuli pula oleh siri Galaxy Z Flip, Z Fold, S21, S20, Note, dan Tab S pada bulan hadapan.
Kebanyakan model peranti Galaxy ini akan menerima kemaskini ini menjelang akhir tahun ini dengan baki selebihnya lagi pada Januari dan juga Februari tahun hadapan.
Pun begitu, senarai yang dikongsikan oleh Samsung ini adalah berdasarkan pasaran di Korea Selatan dan untuk pasaran di rantau lain, penawaran kemaskini ini mungkin sedikit berbeza.
Berikut adalah senarai peranti-peranti Galaxy yang akan menerima kemaskini Samsung One UI 5 mengikut bulan:
Oktober 2022
- Galaxy S22
- Galaxy S22+
- Galaxy S22 Ultra
- November
- Galaxy Z Fold4
- Galaxy Z Flip4
- Galaxy Z Fold3
- Galaxy Z Flip3
- Galaxy S21
- Galaxy S21+
- Galaxy S21 Ultra
- Galaxy Note 20
- Galaxy Note 20 Ultra
- Galaxy S20
- Galaxy S20+
- Galaxy S20 Ultra
- Galaxy Tab S8
- Galaxy Tab S8+
- Galaxy Tab S8 Ultra
- Galaxy Tab S7
- Galaxy Tab S7+
- Galaxy A53 5G
- Galaxy A33 5G
Disember 2022
- Galaxy Z Fold2
- Galaxy Z Flip 5G
- Galaxy Z Flip
- Galaxy S20 FE
- Galaxy S7 FE
- Galaxy S6 Lite
- Galaxy A52s 5G
- Galaxy A51 5G
- Galaxy A42 5G
- Galaxy A32
Januari 2023
- Galaxy Tab A7
- Galaxy Tab A7 Lite
- Galaxy Tab Active3
- Galaxy A23
- Galaxy A13
- Galaxy M12
- Galaxy Xcover 5
Februari 2023
- Galaxy Tab Active4 Pro
Senarai tersebut bagaimanapun tidak menyenaraikan Samsung Galaxy S21 FE untuk menerima kemaskini One UI 5. Memandangkan S20 FE ada di dalam senarai tersebut, mungkin S21 FE mungkin akan menerimanya sedikit lewat dan mungkin selepas Februari tahun depan.
Perincian lanjut mengenai kemaskini ini juga tidak menyebut secara jelas mengenai sesetengah model yang mempunyai varian rangkaian berbeza seperti Galaxy A23 5G dan A23 LTE. Hal ini kerana sumber yang berkongsikan senarai ini datangnya dari Korea Selatan, dan senarai kemaskini ini merujuk kepada model-model yang dikeluarkan khusus untuk pasaran di sana.
Samsung agak pantas dalam menawarkan kemaskini perisian Android ini kerana Google baharu sahaja menyiapkan Android 13 sekitar pertengahan Ogos lalu. Hanya lebih kurang dua bulan sahaja kemaskini ini dilancarkan, Samsung telah mula menawarkan ke peranti Galaxy keluarannya.













