SEOUL, Korea – 17 Januari 2025 – Samsung Electronics Co., Ltd. memeriahkan pemandangan bandar London dengan pameran hologram secara langsung, mengubah ruang bandar menjadi kanvas berwarna-warni menjelang acara Galaxy Unpacked 2025. Melalui aktivasi holografik langsung dan elemen suara, Samsung mengajak penonton dari seluruh dunia untuk menyaksikan Galaxy Unpacked pada 23 Januari.

Projeksi hologram ini memaparkan pelbagai imej yang mewakili kenangan kehidupan harian yang mungkin dirakam dan dikongsi pengguna melalui peranti mudah alih, termasuk kehidupan marin, tumbuhan eksotik, sorotan sukan, dan langit dipenuhi tanglung. Paparan ini memberikan petunjuk kepada pengalaman mudah alih yang lebih intuitif yang bakal dinikmati pengguna di seluruh dunia melalui Galaxy AI, serta memberikan gambaran awal tentang ciri baharu yang akan hadir bersama siri Galaxy S yang seterusnya.

Pengalaman imersif ini bermula pada 15 Januari, dengan pancaran holografik yang belum pernah dilihat sebelum ini. Paparan berskala besar, bersaiz 65 kaki x 50 kaki, diposisikan 100 kaki di atas tanah. Selain pemasangan di London, hantaran di media sosial turut meningkatkan keterujaan di seluruh dunia.

Saksikan Galaxy Unpacked Seterusnya dan Menangi Hadiah!

Bersama kami dalam membuka lembaran baharu dalam dunia mudah alih AI – inovasi premium Galaxy yang membawa kemudahan tanpa batas ke dalam setiap detik hidup anda. Acara ini akan disiarkan secara langsung di laman web rasmi Samsung Malaysia, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook, dan LinkedIn pada 23 Januari 2025, jam 2 pagi Waktu Malaysia.

Jangan Lepaskan Peluang!

Ikuti media sosial kami dan pastikan anda mengunjungi https://news.samsung.com/my/ untuk semua teaser, trailer, dan kemas kini menjelang Unpacked 2025.

Daftar minat anda untuk Peranti Galaxy Seterusnya dan jawab empat soalan tinjauan sebelum 22 Januari 2025 untuk menerima e-baucar RM200 untuk Peranti Galaxy Seterusnya! Peserta yang layak juga berpeluang memenangi hadiah menarik!

Daftar minat anda di Samsung Malaysia dan nantikan pengalaman Unpacked yang seterusnya!

Tinggalkan komentar