Telefon pintar mercu Samsung Galaxy Z Flip 4 dan Z Fold 4 boleh dipra-tempah melalui syarikat-syarikat telekomunikasi – Maxis, DiGi dan Celcom bermula dari 10 Ogos hingga 1 September 2022.

Kedua-dua telefon pintar boleh lipat ini merupakan model terkini yang menawarkan penambahbaikan dari segi kualiti dan ketahanan dari model sebelumnya yang dilancarkan pada tahun lepas.

Galaxy Z Flip 4 menampilkan pemprosesan yang lebih berkuasa Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan bateri 3,700mAh, lebih besar berbanding sebelumnya. Rekaan kompaknya yang trendy juga membolehkan penggunaannya dipelbagaikan seperti menjadikannya seperti sebuah camcorder.

Penambahbaikan pada Galaxy Z Fold 4 pula menyaksikan ciri produktiviti berbilang tugasannya semakin dipertingkatkan melalui skrin luarannya yang kini lebih lebar bernisbah 23.1:9.

Khusus untuk peminat-peminat Samsung di Malaysia, anda kini boleh mendapatkannya melalui pelan-pelan menarik yang ditawarkan oleh Maxis, Digi dan Celcom.

Pelan Maxis Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

Maxis Zerolution Postpaid 128 Galaxy Z Fold 4 Z Flip 4Miliki Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 dengan mudah melalui pelan Maxis Zerolution. Anda kini boleh mendapatkannya menerusi pilihan set eksklusif di dalam pelan ini:

  • Set Maxis Zerolution x Galaxy Z Fold4: Dari RM150/bulan, bersama-sama Galaxy Watch4 LTE dan Galaxy Buds Live
  • Set Maxis Zerolution x Galaxy Z Flip4 Set: Dari RM85/bulan, bersama-sama Galaxy Watch4 LTE

Kunjungi maxis.com.my atau kedai Maxis berhampiran anda untuk membuat pra-tempahan melalui Maxis Zerolution dengan Maxis Postpaid 128 dan ke atas. Nikmati bayaran ansuran terendah sehingga 36 bulan dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM968 selagi stok masih ada.

Pelan DiGi Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 DigiPra-tempah Samsung Galaxy Z Fold 4 dengan DiGi hari ini dan berpeluang mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM1,767 berupa Samsung Galaxy Watch 4 (40MM) Bluetooth version, Standing Cover dengan Pen dan pelan perlindungan Samsung Care+ selama setahun.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip 4 juga layak menerima hadiah bernilai RM1,427 berbentuk Samsung Galaxy Live Buds, Flap Leather Cover dan pelan perlindungan Samsung Care+ sehingga setahun.

Ditawarkan dari RM99/bulan dengan pelan ansuran mudah Digi, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM2,023 untuk peranti pilihan anda. Anda juga menerima akses internet berkelajuan tinggi sehingga 135GB dengan tawaran Juara Internet Malaysiaku.

Menerusi Digi PhoneFreedom 365, anda diberikan kebebasan untuk mampu berhubung dengan apa yang anda perlukan disamping memiliki telefon pintar terkini tanpa cengkeram dan faedah.

Pelan Celcom Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

Celcom Samsung Galaxy Z Fold 4 Z Flip 4 planSiri Samsung Galaxy Z juga boleh dipra-tempah dan nikmati penjimatan sehingga RM2,400 dengan Celcom MEGA™! Anda yang membuat pra-tempahan Galaxy Z Fold 4 bakal menerima Galaxy Watch4 dan Stand Cover with pen secara percuma. Untuk Galaxy Z Flip 4 pula, anda yang membuat pra-tempahan layak menerima set Galaxy Buds Live dan Flap Leather cover.

Bukan itu sahaja, hilangkan rasa resah anda ketika menggunakan siri Galaxy Z ini dengan tawaran perlindungan Samsung Care+ selama setahun secara percuma.

Maklumat lanjut layari laman web rasmi Samsung Malaysia:

Tinggalkan komentar