Samsung Malaysia baru-baru ini menawarkan Pek Ekosistem Galaxy Ultra melalui kedai dalam taliannya. Pek ini merupakan sesuatu yang menarik buat anda yang ingin mula meneroka ekosistem Samsung Galaxy.

Melaluinya, ia mengandungi hampir semua jenis peranti Galaxy di dalam satu pek iaitu Galaxy S22 Ultra, Galaxy Tab S8 Ultra, Galaxy Watch 4 Classic (46mm), dan Galaxy Buds Live.

Untuk Galaxy S22 Ultra, dan Galaxy Tab S8 Ultra, kedua-dua peranti ini merupakan antara keluaran terkini Samsung yang dilancarkan pada awal tahun ini. Manakala Galaxy Watch 4 Classic pula ia pertama kali dilancarkan pada tahun lepas dan Galaxy Buds Live pula diperkenalkan oleh Samsung pada Ogos 2020.

Jika anda mendapatkan kesemua peranti-peranti berkenaan secara berasingan, ia berharga RM5,499 untuk Galaxy S22 Ultra, RM5,899 untuk Galaxy Tab S8 Ultra, RM1,399 untuk Galaxy Watch 4 Classic, dan RM549 untuk Galaxy Buds Live. Tambahan pula, di dalam pek ini juga Samsung turut menyertakan Power Adapter Duo 35W PD yang berharga RM99 dan set Camera Filter Mount untuk siri Galaxy S22 yang berharga RM169.

Harga keseluruhan peranti-peranti berkenaan berjumlah RM13,614 jika dibeli secara berasingan. Bagaimanapun, Samsung Malaysia buat masa ini menawarkan Galaxy Ultra Ecosystem Pack pada harga RM10,888 dan hanya 180 set ditawarkan kepada pengguna-pengguna di Malaysia sehingga 30 Jun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Pek Ekosistem Galaxy Ultra ini, anda boleh mendapatkannya terus menerusi kedai dalam talian Samsung Malaysia atau cawangan Samsung Experience Store yang berhampiran.

 

Tinggalkan komentar