Utama Android Samsung Samsung tawarkan Promosi Galaxy Tab dengan Cenderahati Percuma bernilai sehingga RM2,506

Samsung tawarkan Promosi Galaxy Tab dengan Cenderahati Percuma bernilai sehingga RM2,506

654
0
Samsung Galaxy Tab Premium Gifts 2022

Pengalaman tontonan filem dan permainan anda lebih padu apabila menggunakan peranti sempurna yang menyediakan pelbagai ciri untuk anda benar-benar menghayatinya. Melalui promosi Samsung Galaxy Tab pada Julai ini, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan Galaxy Tab bagi memenuhi keperluan hiburan anda.

Bermula dari hari ini hingga 31 Julai 2022, anda boleh memilih dari empat promosi menarik yang ditawarkan. Siri Galaxy Tab S8 menampilkan paparan yang besar dan menawan dengan bingkai paling nipis yang pernah ditawarkan di dalam siri Galaxy Tab S.

Pembesar besar suara Kuad dengan Dolby Atmos terbina dalam yang disediakannya mampu menjadikan pengalaman menonton filem dan bermain permainan lebih memukau di mana jua anda berada, tidak kira sama ada di rumah, ketika sedang bercuti atau semasa balik kampung. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelebihan Samsung Galaxy Tab S8 Ultra menerusi ulasan ini.

Selain itu, turut ditawarkan di dalam promosi ini – Samsung Galaxy Tab S7 FE menawarkan pelbagai ciri-ciri hebat yang direka bagi memenuhi keperluan harian pengguna. Dibina dengan paparan besar 12.4-inci, tablet ini bagus untuk kegunaan hiburan, produktiviti dan kreativiti ke tahap yang lebih tinggi. Malah baterinya yang mampu bertahan sehingga 13 jam mampu memberikan anda hiburan yang berpanjangan terutamanya ketika sedang bermarathon filem atau drama bersiri.

Berikut adalah harga dan promosi terkini Samsung Galaxy Tab:

Produk Harga jualan Promosi
Galaxy Tab S8 RM3,299
  • Percuma Galaxy Buds2 (bernilai RM499)
  • Book Cover Keyboard & S Pen (bernilai RM1,738) di dalam kotak
  • Percuma langganan 1-tahun Microsoft 365 Personal (bernilai RM269)
Galaxy Tab S8+ RM4,599
Galaxy Tab S8 Ultra RM5,899
Galaxy Tab S7 FE (128GB) RM2,199 Percuma Neoprene Pouch (bernilai RM149)

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Galaxy Tab, kunjungi: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-promotion/tab-s8/

Pembelian boleh dibuat menerusi:

Galaxy Tab S8 Series: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s8/buy/ 

Galaxy Tab S7 FE: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s/galaxy-tab-s7-fe-black-128gb-sm-t733nzkexme/buy/

Tinggalkan komentar