Samsung sebelum ini telah memutuskan untuk memeperkenalkan Galaxy S22 FE berikutan isu kekurangan bekalan cip dan peningkatan permintaan Galaxy S22 Ultra. Laporan terkini portal berita dari Korea Selatan The Elec mengatakan siri Fan Edition ini akan kembali pada tahun ini, sekitar bulan Ogos atau September.
Siri Galaxy FE mendapat sambutan yang menggalakkan selepas Galaxy S20 FE diperkenalkan pada tahun 2020 dengan mencatatkan jualan mencecah 10 juta unit dalam tahun yang sama.
Kecemerlangan tersebut bagaimanapun tidak dapat diteruskan pada Galaxy S21 FE, lantas memaksa Samsung mempertimbangkan semula pengeluaran model FE pada masa akan datang.
Berdasarkan laporan baharu tersebut, Samsung dikatakan akan melangkau model Galaxy A74 dan akan terus menumpukan pada pelancaran Galaxy S23 FE di pasaran yang lebih meluas.
Samsung kini sedang membentuk semula portfolio model siri Galaxy A keluarannya dengan siri Galaxy A7x dijangka akan menerima kesan tersebut. Telefon pintar Galaxy FE berkenaan dikatakan akan diperkasakan dengan pemprosesan Snpadragon 8 Gen 2 For Galaxy atau Snapdragon 8+ Gen 1.













