Samsung Galaxy S21 FE 5G telah hadir ke pasaran Malaysia dengan pra-tempahannya dibuka bermula dari hari ini. Sebagai sebahagian dari penawaran pra-tempahannya, Samsung Malaysia turut menawarkan diskaun bersama-sama perlindungan tambahan secara percuma.

Telefon pintar ini hadir dengan dua pilihan konfigurasi iaitu RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 8GB + storan 256GB dengan harga masing-masing RM2,899 dan RM3,099.

Pra-tempahan bagi Samsung Galaxy S21 FE mula dibuka bermula dari 6 hingga 10 Januari 2022 di Samsung Experience Stores, Wakil Pengedar Samsung yang sah dan kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Bagi anda yang melakukan pesanan secara dalam talian dengan kod baucar, S21FEFANS, anda layak menerima eVoucher bernilai RM350 bersama-sama perlindungan satu-tahun Samsung Care+ yang memberikan perlindungan kerosakan akibat kemalangan dan juga dari cecair bernilai RM220.

Melalui promosi ini, Samsung Galaxy S21 FE akan menerima potongan harga RM2,549 untuk varian 128GB dan RM2,749 bagi varian 256GB. Dalam pada masa yang sama, Samsung menawarkan potongan harga 30% bagi aksesori Galaxy S21 FE terpilih dan 20% bagi peranti boleh pakai terpilih dari 6 Januari sehingga 28 Februari 2022. Untuk anda yang ingin bertukar dari peranti sedia, Samsung turut menawarkan program tukar-ganti.

Spesifikasi Samsung Galaxy S21 FE 5G

Samsung Galaxy S21 FE menampilkan paparan AMOLED Full HD+ 6.4-inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz.

Di Malaysia, model yang ditawarkan menggunakan cipset Exynos 2100 keluaran Samsung. Memori bagi kedua-dua varian storan, 128GB dan 256GB adalah sama iaitu 8GB. Tidak seperti S20 FE, model baharu ini tidak didatangkan dengan slot kad mikroSD.

Untuk kameranya, kamera belakangnya mengandungi kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP yang menyokong zum Space 30x. Manakala pada sebelah hadapan paparan pula disediakan kamera 32MP.

Seperti kebanyakan telefon pintar mercu lain, telefon ini juga menyediakan pembesar suara stereo, penarafan kerintangan IP68 bagi debu dan air, serta sokongan Samsung Pay.

Melengkapkan spesifikasinya bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W secara berwayar dan 15W bagi secara nirwayar. Telefon pintar dengan antaramuka OneUI 4.0 berasaskan Android 12 ini hadir dengan empat pilihan warna iaitu Lavender, Olive, White dan Graphite.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy S21 FE 5G, layari Samsung Malaysia.

Anda juga boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy S21 FE 5G di http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-s21-fe-5g-pre-order/ bermula dari jam 10 pagi, 6 Januari 2021 (Khamis).

Tinggalkan komentar