Sebelum ini ia hanya sekadar khabar angin sahaja dan kini telah disahkan bahawa Samsung Galaxy Note 8 akan didedahkan pada 23 Ogos ini. Pada bulan yang sama pada tahun lepas, Galaxy Note 7 telah diperkenalkan, cuma ia diperkenalkan pada awal bulan berkenaan.
Untuk Galaxy Note 8 ini, Samsung bakal memperkenalkannya melalui acara Unpacked yang telah dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos. Melalui acara ini, lebih banyak perincian berkenaan rekaan Galaxy Note 8 bakal didedahkan dan ia mungkin menampilkan rekaan Infinity Display seperti mana yang terdapat pada Galaxy S8.
Selain dari paparannya, Galaxy Note 8 dipercayai akan dilengkapi dengan ciri spesifikasi yang21 sama dengan Galaxy S8. Ini termasuklah penggunaan chipset Exynos 8895 berserta RAM 4GB, penarafan IP68 dan juga penderia cap jari pada bahagian belakangnya. Malah, Galaxy Note 8 turut dipercayai bakal dilengkapi dengan sistem dwi-kamera.
Apa pun, kehadiran Samsung Galaxy Note 8 ini dijangka mampu menebus kembali kegagalan Galaxy Note 7 pada tahun sudah.
Sumber berita diperoleh dari GSM Arena













