Samsung telah mengumumkan telefon pintar siri Galaxy M baharu di India. Dua model berkenaan merupakan Galaxy M13 5G yang serba baharu dan Galaxy M13 4G versi rekaan semula. Galaxy M13 4G ini berbeza dengan jenis yang dilancarkan pada Mei lalu.

Galaxy M13 4G baharu ini menampilkan rekaan kamera belakang yang baharu dengan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Lain-lain ciri yang ada padanya masih lagi sama iaitu paparan FHD+ 6.6-inci, cipset Exynos 850, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera berkedalaman 2MP.

Untuk Galaxy M13 5G pula, ia membawakan LCD 6.5-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kamera hadapan 8MP. Manakala kamera belakangnya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 2MP.

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan cipset MediaTek Dimensity 700 dengan pilihan RAM sama ada 4GB atau 6GB dan storan sehingga 128GB. Ia juga menyediakan ruangan slot kad mikroSD. Untuk baterinya pula, versi 5G ini menawarkan kapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayarnya 15W.Samsung Galaxy M13 4G Malaysia

Kedua-dua model Galaxy M13 ini menggunakan antaramuka Samsung One UI Core 4 yang berasaskan Android 12. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu Midnight Blue, Stardust Brown dan Aqua Green.

Harga Galaxy M13 4G bermula dari INR 11,999 (~RM669) untuk pilihan konfigurasi RAM 4GB + storan 64GB, manakala Galaxy M13 5G pula harganya bermula dari INR 13,999 (~RM779) untuk pilihan RAM 4GB + storan 64GB di India

Tidak dapat dipastikan bilakah kedua-dua telefon pintar ini akan mula memasuki ke pasaran Malaysia nanti.

Tinggalkan komentar