Samsung Galaxy Buds 2 direka bentuk khusus memberikan pengguna pengalaman pendengaran audio yang lebih imersif. Seterusnya membolehkan anda terpaku menikmati muzik, video dan pelbagai kandungan hiburan lain.
Menggabungkan kepakaran bunyi dari AKG dengan legasi Samsung dalam inovasi perkakasan, Galaxy Buds 2 generasi berikutnya ini membawakan gaya dan keselesaan ke tahap baharu.
Fon telinga ini juga merupakan jenis yang paling ringan dan kecil di dalam siri Galaxy Buds setakat ini. Melaluinya, anda boleh menikmati keselesaan sepanjang hari hasil dari rekaannya yang ringan dan padat.
Bentuk melengkung ikoniknya juga anggun dan direka bagi memberikan keselesaan bagi tempoh penggunaan yang panjang. Malah, bentuk melengkung uniknya ini membantu melindungi mikrofonnya dari hingar ambien luaran bagi memastikan suara lebih jelas ketika panggilan.
Jika anda tidak pasti sama ada Galaxy Buds 2 anda muat pada telinga, anda boleh mengaktifkan ‘Earbud fit test’ pada aplikasi Galaxy Wearable. Anda boleh memeriksa sama ada fon telinga anda betul-betul muat supaya anda menerima bunyi dan Active Noise Cancellation terbaik berdasarkan struktur telinga anda.
Buat anda yang inginkan sepasang fon telinga yang bergaya, Galaxy Buds 2 menawarkan pelbagai pilihan warna menarik bagi mengekspresikan diri anda. Warna-warnanya merangkumi lavender, graphite, olive dan white. Kesemua Galaxy Buds 2 didatangkan dengan bekas menyimpan berwarna putih yang comel dan trendy. Bekas aksesori untuk Buds Pro atau Buds Live sedia ada juga boleh disesuaikan dengan Buds 2.
| Produk | Warna | Harga di pasaran |
| Galaxy Buds2 | Lavender, Olive, Graphite, White | RM499 |
Maklumat lanjut mengenai Galaxy Buds 2, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.
Advertorial dari Samsung Malaysia













