Samsung baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar Galaxy A21 Simple SCV49 di Jepun. Sebagaimana nama yang diberikan padanya, telefon ini mengetengahkan paparan antara muka dan kefungsian yang ringkas, khusus untuk golongan warga emas.

Terdapat lubang untuk tali penyangkut pada telefon ini yang bertujuan mengelakkan dari terjatuh ketika di pegang. Selain itu, ia juga mempunya penarafan IP68/IPX5 bagi kerintangan debu dan air.

Turut disediakan sokongan sistem pembayaran mudah alih Osaifu-Keitai bagi kemudahan warga emas menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Oleh kerana Galaxy A21 Simple SCV49 mengkhususkan kepada warga emas, paoaran antaramukanya menyediakan ikon yang lebih besar dari biasa. Ia bertujuan memudahkan penggunaan teknologi bagi golongan sasarnya melalui sistem operasi Android 11.

Telefon Samsung baharu ini menggunakan cipset Exynos 7884B, dengan RAM 3GB dan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui slot kad mikroSD. Turut disediakan penerima isyarat radio FM yang boleh berfungsi dengan mencucukkan pada bicu audio 3.5mm.

Saiz paparannya boleh dikatakan agak kecil iaitu 5.8-inci dengan resolusi 720p+. Telefon Samsung ini juga tidak menyediakan pengimbas cap jari dan ciri keselamatan biometrik yang disediakan padanya adalah melalui pengecaman wajah melalui kamera hadapan 5MP. Untuk belakangnnya, terdapat kamera 13MP yang boleh merekod video pada 1080p.

Bateri Galaxy A21 Simple SCV49 berkapasiti 3,600mAh yang mampu bertahan sehingga 24 jam. Tempoh mengecas pula ia mengambil masa lebih kurang 2 jam bergantung pada jenis pengecas. Untuk maklumat, telefon ini tidak menyediakan bersama pengecasnya.

Galaxy A21 Simple SCV49 akan mula dijual pada 9 September dengan pilihan warna Hitam dan Putih pada harga JPY 22,000 (~RM 839). Perlu diingatkan telefon ini adalah berbeza dengan Galaxy A21 atau A21s sungguhpun namanya kelihatan hampir sama.

Tinggalkan komentar