Samsung dilaporkan telah memulakan proses pengeluaran storan eUFS 3.0 (embedded Universal Flash Storage) berkapasiti 512GB. Storan berformat ini merupakan pertama di dunia yang berkapasiti 512GB dikeluarkan oleh Samsung.
Cip storan terbaru ini menawarkan kelajuan baca dan tulis masing-masing pada 2100Mbps dan 410Mbps. Dua kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan versi format yang terdahulu, eUFS 2.0 yang menawarkan kelajuan maksimum baca dan tulis masing-masing pada 860Mbps dan 255Mbps.
Sebagai perbandingan, storan eUFS 2.1 berkapasiti 1TB pada Samsung Galaxy S10+ mampu menawarkan kelajuan pada kadar separuh dari yang ditawarkan oleh eUFS 3.0.
Variasi eUFS 3.0 kapasiti 128GB dijangka menyusul selepas 512GB dilancarkan. Samsung turut merancang untuk menghasilkan variasi 1TB dan 256GB dalam tahun ini juga. Melalui perkembangan ini, teknologi eUFS terbaru ini bakal hadir ke peranti-peranti keluaran Samsung seperti telefon pintar tidak berapa lama lagi.
Sumber berita diperoleh dari Engadget













