Samsung Display akan menutup pengeluaran LCD pada penghujung Jun ini, enam bulan lebih awal dari yang telah dijadualkan sebelum ini. Tumpuan akan diberikan terhadap pengeluaran panel-panel QLED dan QD (quantum-dot). Seluruh warga kerja bahagian tersebut akan dipindahkan ke bahagian QD.

Laporan dari Display Supply Chain Consultants menyatakan harga bagi sekeping LCD kini adalah 36.6% berbanding tempoh pengeluaran puncak LCD pada Januari 2014.

Perniagaan LCD Samsung pada asalnya dijadualkan akan ditutup sekitar tahun 2020. Namun penularan wabak pandemik yang turut menyebabkan keperluan peranti mampu milik untuk hiburan di rumah serta telefon pintar dan tablet semakin meningkat telah menyebabkan Samsung memutuskan untuk menangguhkan hasrat tersebut.

Tinggalkan komentar