Samsung Malaysia Electronics telah menganugerahkan kepada enam pasukan yang berjaya di dalam acara hackathon Developer Day yang diadakan pada 14 hingga 15 Jun di Rex KL.

Acara tersebut diadakan bagi menyediakan ruang buat pelajar-pelajar institut pengajian tinggi mengilhamkan semual pengalaman peranti boleh lipat untuk rakyat Malaysia.

Para pelajar dijemput untuk mengetengahkan idea masing-masing dalam menambahbaik antaramuka pengguna dan pengalaman kepenggunaan pada aplikasi untuk Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip. Ia juga merupakan sebahagian dari usaha ke arah mengarus perdanakan telefon pintar boleh lipat di Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Mobile eXperience Samsung Malaysia KM Liew menyatakan, “Hackathon ini merupakan usaha meraikan inovasi mudah alih berterusan untuk manfaat kepada pengguna. Kami teruja dengan idea-idea dari Generasi Z dalam membawakan pengalaman yang berkesan dan bermakna untuk siri Galaxy Z. Ia juga selari dengan misi ESG kami dalam memperkasakan bakat muda dengan memberikan mereka ruang di dalam arena teknologi. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap agar dapat membawakan lebih banyak inisiatif sebegini di masa hadapan,”

Di dalam acara yang berlangsung selama dua hari berkenaan, pasukan-pasukan yang memenangi pertandingan membawa pulang produk-produk Samsung bernilai RM39,188 setiap hari.

Pemenang Hari Pertama

Pada hari pertama, Team MaxSense membawa pulang hadiah utama dengan menghasilkan idea mengoptimasikan aplikasi untuk francais makanan segera popular pada Galaxy Z Flip. Idea yang dimaksudkan adalah pengguna boleh mendapatkan status pesanan terus dari paparan hadapan Galaxy Z Flip.

Selain idea tersebut, kumpulan yang sama juga mengetengahkan satu lagi idea yang menyokong penggunaan multi-view. Pengguna boleh melihat dua ciri sesebuah aplikasi secara serentak seperti melihat menu pada bahagian atas, manakala pada bahagian bawah pula untuk semak barangan di dalam cart, serta mengubah atau menambah pesanan pada bahagian bawah skrin.

Pemenang Hari Kedua

Pada hari kedua, hadiah utama telah dimenangi oleh Team GPT-0 menerusi idea menambahbaik tatasusunan platform e-dagang. Ini termasuk kaedah yang lebih memudahkan pengguna melihat sesebuah produk dan juga penggunaan ruang yang lebih cekap. Kumpulan ini juga membawakan idea menggunakan mod Flex untuk para peniaga membuat jualan secara siaran langsung (live streaming sales).

Acara hackathon merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena Samsung Galaxy Space yang dibuka kepada orang ramai bermula dari 9 hingga 18 Jun.

Samsung juga bekerjasama rapat dengan jenama-jenama tempatan seperti Ambank, FamilyMart, Maxis dan Zus Coffee untuk mengoptimasikan aplikasi masing-masing untuk peranti boleh lipat.

Tinggalkan komentar