Pertempuran silikon besar dilihat baru sahaja bermula dengan Apple, Samsung, Intel, Qualcomm, NVIDIA, AMD dan lain-lain sedang bersaing kehebatan antara satu sama lain. Kini, Samsung pula mengorak langkah dengan pengambilan baharu tenaga kerja dari pesaingnya.
Ini disebabkan oleh laporan terkini menyatakan teras-teras CPU ARM generasi berikutnya siri Cortex X tidak mencapai apa yang dimahukan oleh Samsung. Perkembangan ini membawa kepada Samsung dan Qualcomm merancan untuk membangunkan senibina yang disesuaikan.
Buat masa ini, Samsung dan Qualcomm menggunakan lesen teras CPU yang direka oleh ARM.
[BREAKING] Samsung in contact with former custom architecture engineers from Apple and AMD
Due to lower-than-expectations of ARM’s Cortex X series, Samsung and Qualcomm seems to both turning their plans to a custom architecture development.
(1/3)
— Tron ❂ #MicrosoftEvent (@FrontTron) June 18, 2021
Sebelum ini, Samsung pernah memiliki pasukan pembangunan reka bentuk teras CPU tersuai sendiri pada tahun 2015. Projek yang menggunakan nama kod Mongoose ini bagaimanapun ditutup tidak lama selepas itu dan Samsung kembali menggunakan lesen CPU yang direkabentuk oleh ARM.
Samsung dan AMD juga telah mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang dalam usaha mendapatkan teknologi Radeon, senibina GPU RDNA 2 ke dalam telefon pintar dan tablet Samsung pada 2021.
Oleh itu, langkah mendapatkan pasukan jurutera-jurutera dari Apple dan AMD adalah sesuatu yang Samsung wajar lakukan bagi menyaingi pembangunan teknologi CPU ke arah baru.













