Aplikasi dan platform permainan popular, Roblox tidak dapat diakses sejak dari Jumaat lalu. Masalah mengakses ke platform berkenaan ini pada mulanya digembar-gemburkan sebagai serangan dari pihak luar.

Namun, telah dinafikan oleh pihak syarikat dan menyatakan masalah ini berpunca dari masalah dalaman. Buat masa ini, kerja-kerja penyelenggaraan yang diperlukan sedang dijalankan bagi memastikan Roblox kembali pulih.

Jumaat lalu, pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut menerusi akaun rasmi Twitter mereka. Dalam pada masa yang sama, kenyataan ini turut menafikan khabar angin awal mengenai pengambilalihan Roblox oleh syarikat makanan segera popular Amerika Syarikat, Chipotle.


Kebetulan, Chipotle mengadakan acara pemberian hadiah percuma burritos percuma di Roblox bersempena Halloween beberapa jam sebelum masalah akses tersebut berlaku.

Pihak Roblox menyatakan punca kepada masalah tersebut telah dikenalpasti dan akses ke platform berkenaan kembali pulih secara berperingkat.

Tinggalkan komentar