Ibu bapa di negara-negara Kesatuan Eropah bakal diberikan kuasa undang-undang untuk memberikan kebenaran kepada anak-anak berusia 16 tahun ke bawah untuk menggunakan sebarang aplikasi media sosial dan permesejan. Itupun tertakluk dengan sebarang perubahan minit-minit akhir usul yang bakal dibentangkan esok.

Undang-undang berkenaan menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi syarikat-syarikat untuk memberikan akses kepada sesiapa sahaja yang berusia 15 tahun dan ke bawah. Buat masa ini, kebanyakan laman-laman web dan aplikasi memberikan had umur minima 13 tahun ke bawah.

Menurut laman web FT.com, sebilangan firma-firma teknologi utama Amerika Syarikat sedang giat melobi untuk menghentikan usul ini dari dikuatkuasakan sebagai undang-undang kerana bimbang ianya bakal mengganggu firma-firma ini mendapatkan pelanggan-pelanggan yang berpotensi dari Eropah.

Undang-undang ini dikemukakan sebagai langkah membentuk rang undang-undang untuk perlindungan data yang tertakluk ke seluruh negara-negara anggota Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun, satu petisyen telah diwujudkan sebagai membantah dengan alasan undang-undang ini bakal menghalang mana-mana individu di bawah usia 16 tahun untuk mendapat akses kepada kesemua kandungan di internet termasuk permainan atas talian, emel dan aplikasi.

Menurut Diana Award, penggiat kempen anti buli, perundangan ini bakal menggalakkan remaja-remaja untuk menipu umur mereka selain menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan dari ibu bapa apabila timbul masalah ketika melayari dan menggunakan aplikasi di internet kelak.

Sumber berita diperoleh dari FT.com

2 KOMEN

Tinggalkan komentar