Pelancaran Galaxy Z Flip 4 oleh Samsung pada tahun lepas dirasakan tidak membawakan perubahan yang besar dari segi reka bentuk berbanding generasi sebelumnya oleh segelintir pengguna. Sesetengah pengguna mungkin mempertimbangkan untuk melangkaunya dan terus ke Galaxy Z Flip 5 pada tahun ini.

Berdasarkan imej pengolokan oleh pengguna Twitter @OnLeaks, telefon pintar boleh lipat Samsung yang akan datang ini mungkin menampilkan skrin ‘cover’ yang lebih besar, 3.4-inci.

Untuk skrin utamanya yang berada di dalam lipatan bagaimanapun diperlihatkan mempunyai ukuran 6.7-inci, sama seperti model sebelumnya. Begitu juga dengan tetapan dwi-kamera di belakangnya yang masih lagi sama dari segi rekaannya. Sumber berkenaan juga mendakwa ukuran telefon yang akan datang ini lebih kecil iaitu 165 x 71.8 x 6.7mm.Galaxy Z Flip 5 Design

Tidak dapat dipastikan sejauh mana ketepatan dakwaan untuk Galaxy Z Flip 5 ini nanti selagi tiada kenyataan rasmi dari pihak Samsung. Kemungkinan juga perkakasan telefon pintar boleh lipat Samsung ini menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2, selain mungkin mempunyai sensor kamera utama yang lebih besar bagi meningkatkan keupayaannya sebagai telefon pintar mengkhususkan pada fotografi.

Besar kemungkinan juga Galaxy Z Flip 5 akan mempunyai bateri yang lebih besar dan engsel yang di tambah baik bagi mengurangkan kesan lipatan pada skrin kelihatan apabila dibuka.

Sebelum ini @OnLeaks sering membuat telahan yang tepat mengenai rekaan telefon pintar keluaran Samsung menerusi imej pengolokan yang dikongsikannya. Pun begitu, seperti yang dinyatakan tadi, desas-desus mengenai rekaan Galaxy Z Flip 5 ini masih lagi terlalu awal untuk disahkan.

Tinggalkan komentar