Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar Redmi Note 8. Terdahulu, maklumat-maklumat mengenai telefon pintar telah pun disebarkan secara tidak rasmi oleh beberapa pihak yang berminat dengannya.

Dilengkapkan dengan paparan HD+ Penuh 6.53-inci, Redmi Note 8 Pro merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan cipset MediaTek terbaru, Helio G90T. Telefon pintar terbaru ini boleh dengan tiga pilihan kombinasi memori dan storan dalaman iaitu, 6GB/64GB, 6GB/128GB, dan 8GB/128GB.

Telefon pintar ini juga didatangkan tetapan kuad-kamera di belakangnya yang turut merangkumi 64MP Samsung ISOCELL GW1 sebagai penderia untuk lensa utamanya. Mengiringinya, lensa bersudut luas 120-darjah 8MP, lensa makro 2MP dan lensa penderia kedalaman 2MP. Dihadapannya pula, telefon pintar ini menempatkan sebuah kamera swafoto 20MP pada takuknya yang berbentuk titisan air.

Melengkapi spesifikasi telefon pintar ini, sebuah bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut menyokong pengecas yang berkuasa sehingga 18W. Tidak ketinggalan, Redmi Note 8 Pro turut mempunyai pengimbas cap jari, pemancar infra-merah, fungsi NFC dan bicu audio 3.5mm.

Untuk harga Redmi Note 8 Pro, ia ditawarkan mengikut variasinya iaitu 6GB/64GB pada harga CNY 1399 (~RM 825). Manakala variasi 6GB/128GB dan 8GB/128GB pula, harga yang ditawarkan adalah masing-masing CNY 1599 ~(RM 943) dan CNY 1799 (~RM 1062). Setakat ini pihak Xiaomi masih lagi mengumumkan sama ada model telefon pintar ini akan dibawa ke Malaysia atau tidak.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi China

Tinggalkan komentar