Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan siri Redmi Note 15 ke pasaran China menerusi Redmi Note 15, Note 15 Pro, dan Note 15 Pro+. Ia menampilkan bateri lebih besar, paparan lebih terang dan beberapa naik taraf dari generasi sebelumnya.

Siri ini merupakan kesinambungan dari Redmi Note 14 yang dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini. Beberapa ciri rekaannya masih dikekalkan seperti ruangan empat modul kamera di bahagian belakangnya.

Redmi Note 145Pro+

Redmi Note 15 Pro+ mempunyai paparan AMOLED 6.83-inci beresolusi 1,280 x 2,772 piksel, kadar penyegaran semula 120Hz, kecerahan puncak 3,200 nits dan kedalaman warna 12-bit. Sebagai perlindungan, panel ini mempunyai Xiaomi Dragon Crystal Glass selain menawarkan pembesar suara stereo dan perlindungan debu dan air IP68 dan IP69.

Di dalamnya, Redmi Note 15 Pro+ menampilkan pemprosesan Snapdragon 7s Gen 4 dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Turut disediakan ruang kebuk pengewapan 5,200mm² sebagai sokongan penyejukan.

Telefon pintar model ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan 90W secara berwayar dan pengecasa berwayar berbalik 22.5W. Untuk perisian, ia menggunakan Xiaomi HyperOS 2 berasaskan Android 15.

Redmi Note 15 Pro+ membawakan kamera utama 50MP, dengan OV Light Hunter 800, kamera potrait 50MP 60mm dengan zum optikal 2.5x optical zoom dan kamera ultra lebar 8MP. Di hadapannya, telefon pintar ini mempunyai sebuah kamera 32MP yang berkeupayaan merekodkan resolusi 1080p pada 60FPS.

Redmi Note 15 Pro

Seterusnya, Redmi Note 15 Pro menampilkan pemprosesan Dimensity 7400 dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Kapasiti baterinya sama 7,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar berbalik 22.5W. Cuma kelajuan pengecasannya ditetapkan 45W.

Rekaan luarannya sama seperti model 15 Pro+, namun kameranya berbeza dengan untuk Pro ia hanya mempunyai kamera utama 50MP (LYT-600) dan kamera ultra lebar 8MP.

Redmi Note 15

Model paling asas di dalam siri ini, Redmi Note 15 menampilkan paparan OLED 6.77-inci beresolusi Full HD+ (1080 x 2392 piksel), kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,200 nits.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari terbina bawah paparan, pembesar suara stereo dan penarafan kerintangan debu dan air IP66.

Di dalamnya, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Snapdragon 6 Gen 3 dan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Baterinya berkapasiti 5,800mAh menyokong pengecasan 45W dan pengecasan berwayar berbalik 18W. Untuk perisian, ia juga menggunakan Xiaomi HyperOS 2 berasaskan Android 15.

Hanya dua modul kamera dinyatakan untuk model ini yang terdiri daripada kamera utama 50MP Light Fusion 400 dengan apertur f/1.8 dan kamera berkedalaman 2MP. Di sebelah hadapannya pula terdapat kamera 8MP yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubangnya.

Harga dan Warna Siri Redmi Note 15

Redmi Note 15 ditawarkan dalam tiga pilihan warna Midnight Black, Sky Blue, dan Star White. Manakala Redmi Note 15 Pro pula mempunyai empat pilhan warna, Midnight Black, Cedar White, Sky Blue, dan Cloud Purple. Seterusnya Redmi Note 15 Pro+ juga mempunyai empat warna seperti Pro kecuali warna ungu yang dinamakan sebagai Smoky Purple.

Harga jualannya untuk pasaran China bermula dari CNY999 (~RM588) untuk Redmi Note 15, CNY1,499 (~RM882) untuk Redmi Note 15 Pro, dan CNY1,999 (~RM1,177) untuk Redmi Note 15 Pro+.

Tinggalkan komentar