Redmi 10 pada hari ini secara rasminya telah memasuki ke pasaran Malaysia dengan menawarkan paparan LCD FHD 90Hz 6.5-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Telefon Redmi baharu ini menggunakan cipset MediaTek Helio G88 yang bergandingan dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.

Terdapat empat buat sensor disediakan bagi kamera di belakangnya yang mengandungi sensor bersudut lebar 50MP, bersudut ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor berkedalaman 2MP. Tidak ketinggalan, sebuah sensor 8MP disediakan bagi kamera swafotonya.Redmi 10 Malaysia 2

Untuk audionya, telefon ini masih lagi mengekalkan bicu audio 3.5mm bersama-sama pembesar suara stereo pada bahagian atas dan bawahnya. Pada sebelah sisinya, terdapat butang kuasa yang menyediakan fungsi imbasan cap jari bagi memberikan ciri keselamatan biometrik buat telefon Redmi ini.

Apa yang menarik, telefon Redmi yang mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 18W boleh digunakan sebagai powerbank dengan kuasa mengecas 9W.Redmi 10 Malaysia 3

Redmi 10 akan mula dijual di Malaysia pada 20 Ogos ini dengan harga mengikut kapasiti memori dan storannya seperti berikut:

  • Redmi 10 (RAM 4GB, storan 64GB) – RM 649
  • Redmi 10 (RAM 6GB, storan 128GB) – RM 749

Menurut Xiaomi Malaysia, telefon ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Carbon Gray, Pebble White dan Sea Blue.

 

Tinggalkan komentar