Usahasama antara jenama anime dengan telefon pintar mercu sudah tidak asing lagi terutamanya di kalangan peranti Android. Sebelum ini OPPO telah memperkenalkan telefon edisi khas dengan siri anime terkenal seperti Gundam.
Kini, giliran Realme pula mara selangkah lagi dengan bergandingan dengan siri anime dan manga terkenal, Dragon Ball Z. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chase Yu telah mengumumkan kehadiran edisi khas, Realme GT 2 Pro Dragon Ball Z Edition.
Dijangkakan, telefon pintar edisi khas ini akan dilancarkan bersama-sama pelbagai varian bertema khas Realme GT 2 Pro pada 4 Januari 2022. Tidak diketahui apakah tema-tema khas yang akan disertakan pada model telefon pintar berkenaan.













