Lebih kurang sebulan selepas dilancarkan di India, realme 8 Pro kini mula menghampiri pasaran tempatan. Bagaimanapun, kehadiran siri realme 8 ke pasaran Malaysia hanyalah realme 8 Pro sahaja tanpa model standard.

realme 8 Pro menawarkan paparan 6.4-inci, paparan HD+ Penuh dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Di dalamnya, telefon pintar ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 720G, bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Tiada pilihan RAM 6GB ditawarkan bagi pasaran tempatan.

Tumpuan utama telefon pintar ini adalah pada kamera induknya 108MP. Ia bergandingan dengan kamera 8MP, makro 2MP, dan monokrom 2MP. Di hadapannya pula ditempatkan sebuah kamera 16MP bagi kegunaan 16MP.

Realme 8 Pro dilancarkan Salman Khan
Salman Khan dengan telefonnya

Harga realme 8 Pro di Malaysia adalah RM1,299 dan mula menemukan pengguna tempatan pada 1 Mei 2021. Seperti biasa, beberapa insentif ditawarkan bagi yang berminat melakukan pra-tempahan yang telah pun mula dibuka sejak semalam. Antaranya kotak cenderamata dan lanjutan waranti, serta layak untuk satu cabutan bertuah. Hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi cabutan bertuah tersebut termasuklah realme Smart TV 43-inci, realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush, danĀ  realme Smart Scale.

Tinggalkan komentar