Utama Android Realme realme 8 5G akan dilancarkan di Malaysia 27 Mei ini

realme 8 5G akan dilancarkan di Malaysia 27 Mei ini

553
0

realme Malaysia akan melancarkan sebuah lagi peranti 5G ke pasaran tempatan pada tahun ini, realme 8 5G. Kehadiran telefon pintar berkeupayaan 5G ini bakal memeriahkan lagi pasaran tempatan dengan teknologi telekomunikasi generasi baharu ini.

Dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2021, realme 8 5G akan disiarkan secara penstriman langsung melalui laman Facebook realme Malaysia pada jam 12 tengahari.

Berdasarkan maklumat awal, telefon pintar 5G ini dikatakan ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 4GB/128GB dan 8GB/128GB. Cuma, tidak dapat dipastikan sama ada pasaran Malaysia akan menerima kedua-dua konfigurasi atau salah satunya sahaja.

Selain itu, ianya juga dikhabarkan akan menampilkan cipset Dimensity 700 5G dengan paparan 6.5-inci LCD beresolusi 1080p yang menyokong kadar penyegaran semula 90Hz.

Bagi kameranya pula, realme 8 5G mungkin akan menyediakan tetapan kuad-kamera dengan 48MP sebagai sensor utamanya. Juga, bateri berkapasiti 5,000mAh turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Nantikan pelancaran rasmi realme 8 5G pada 27 Mei 2021, jam 12 tengah hari di laman Facebook rasmi realme Malaysia.

Tinggalkan komentar